Merindui JanjiMu Tuhan,Bantuan di perjalanan......~

Ya ALLAH,Tuhanku.. Hamba memohon perlindungan-Mu dari kesukaran perjalanan dan kesusahan perjalanan pulang dari pemandangan harta dan manusia yang merosak. Ya ALLAH, Engkau adalah Sahabat dalam perjalanan dan Engkau adalah yang ditinggal untuk melindungi keluarga. Tiada selain Engkau yang dapat menggabungkan keduanya kerana yang ditinggal pergi tidak dapat menjadi teman dalam perjalanan dan yang menjadi teman perjalanan tidak dapat ditinggal pergi pada saat yang sama..

Friday, December 04, 2009

"aku bergurau je la...."



Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.


Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.


Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.


Betulkah persepsi macam ni?





Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?


Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”




Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [2]




Kita biasa dengar,

“Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.


Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” [3]



Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.


Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?


Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.


Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?


Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”



Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.


Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”


Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [5]


Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.


Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [6]




Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [7]



Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.


Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.


Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:
“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”


Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~


Nota kaki:
[1] Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
[4] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[5] Riwayat at-Tirmizi.
[6] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[7] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

sumber:iluvislam.com

Mesir: erti kesabaran..



Bila dah lama tak menaip di blog,terasa janggal walaupun kadang-kadang idea untuk memblog datang mencurah-curah tapi tak kene tempat [sedang dalam kelas,ketika hendak tidur,sedang menghafal dan yang paling payah ialah ketika solat..hmmm..]

Kita tinggalkan kisah itu.Yang penting saya sentiasa berusaha untuk mengemaskini blog yang sudah lama ditinggalkan..[taklah lama sangat kan].

Baru beberapa minit,saya menelifon sahabat baik saya di Malaysia.Dia baru sahaja selesai berjuang untuk semester pertama beliau sebagai pelajar ijazah usim-dq.Dan saya mohon Allah beri yang terbaik buat dirinya...moga imtiyaz selalu ye cik kak!=p

Sebulan yang lalu,saya sibuk mencari syeikh-syeikh untuk saya bertalaqqi qiraat. Pencarian saya nampak sangat mudah pada mulanya,saya hampir terlupa untuk bersyukur padaNya kerana akhirnya mempertemukan saya dengan syeikh qurra'yang saya idamkan selama ini. Tetapi Allah yang mengatur segala-galanya,saya tidak dapat meneruskan bertalaqqi dengan beliau disebabkan beberapa masalah. Akhirnya,saya pasrah dan pulang dengan kehampaan.

Saya lupa,sebenarnya bukan mudah untuk menjejaki orang-orang alim.koreksi diri kita kembali..tidak semua yang mudah itu akan mudah hingga ke akhirnya,ianya pasti diuji ditengah jalan untuk Allah menguji samada hambanya bersyukur atau sebaliknya.
Saya masih merungut tidak berkesudahan kerana tidak diterima untuk bertalaqqi dengan syeikh itu..macam-macam ..akhirnya,saya ketemu jawapan..Allah mahu saya berhenti merungut..

"من لم تكن له بصيرة تهديه طال تعب المعلمين والمؤدبين فيه"
saya mendapat kata-kata Al-imam Al-hadad itu ketika menghadiri dars di sini.
Mungkin terdapat lagi kekurangan-kekurangan yang perlu saya perbaiki dalam diri saya. Dalam erti kata yang lain,saya belum layak.Saya perlu sabar lagi.

Dalam beberapa minggu yang lepas,seorang ustaz saya dari Singapura datang ke Mesir untuk bertalaqqi juga. Beliau adalah anak murid Al-marhum syeikh redha.Mendengar cerita beliau yang sedang mencari syeikh untuk bertalaqqi sangat menarik minat saya.
Katanya,beliau membuat istikaharah sebelum pergi berjumpa seseorang syeikh. MasyaAllah! dan beliau nampak dalam mimpinya syeikh tersebut sedang mengajar beliau Al-Fatihah...saya hampir menitiskan airmata mendengar cerita ustaz..persiapan yang cukup rapi..saya pula??

!!!حاسبي نفسك

Dua hari yang lepas pula,saya bertanya kepada guru tasmi' saya tentang minat saya untuk bertalaqqi qiraat.Tetapi,beliau tidak mempunyai sanad qiraat 7 mahupun 10 cuma qiraat hafs an asim. Saya berminat dan ingin bertalaqqi untuk satu qiraat itu dulu.
Namun,disuruhnya saya bersabar sehingga pertengahan tahun hadapan..
kenapa??dia hanya tersenyum dan kata,tahun hadapan lebih afdhol..
MasyaAllah,ya Allah terima kasih kerana memilihku untuk Kau menguji kesabaranku...
Allah sedang mendidik saya,ya!saya yakin...

Akhir kalam,saya yakin Allah pasti menemukan jalan untuk saya.Tidak sekarang,mungkin esok atau bila-bila masa sahaja..

"Ya Allah,Aku memohon kepadamu apa-apa yang Engkau suka dan redha dan aku memohon perlindungan daripadamu setiap apa-apa yang engkau benci"

Wednesday, November 11, 2009

Kehidupan baru

Blog sangat basi sejak-sejak ni. Entah kenapa,sejak permusafiran ilmiah ini bermula kekerapan meng'update' blog ini semakin berkurangan. Sedangkan,hampir setiap hari ada sahaja perkara baru yang menarik terjadi didalam hidup ana sepanjang keberadaan di bumi kinanah ini.
Mungkin perlukan lagi sedikit masa untuk kembali mencoret seperti dahulu.
Menyepi bukan berhenti,cuma sedang mencari sedikit ruang untuk kembali bersemangat dalam penulisan.

Terima kasih diatas keprihatinan sahabat-sahabat yang asyik bertanya bila nak update blog (dengan pelbagai intonasi....=p)inshaAllah...perginya saya hanya seketika.
Doakan agar diberi futuh untuk kembali dengan coretan yang bermanfaat....
Rabbuna Yusahhil.
Salam Muaqqat.

Wednesday, August 26, 2009

Hantaran AlQuran....



Oleh : Muhamad Al Hafiz
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula.

Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi
orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQuran yang menjadi hantaran sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Sekadar Renungan~

Tuesday, August 25, 2009

Hari itu telah berlalu....

Salam ramadhan terlebih dahulu...sejuta maaf dipohon kepada teman-teman yang sentiasa bertanya ' bile nak update blog'...=)
Jawapan;hanya satu...ana sedang futur...kekeringan idea walaupun hampir setiap hari ada sahaja perkara-perkara menarik berlaku dalam hidup ini...namun tak terluah dengan tulisan=)

Alhamdulilah,pada 8 ogos 2009 yang lalu ana telah pun secara rasminya bergelar " graduan darul Quran JAKIM" setelah majlis konvokesyen berlalu dengan meriah.
Walaupun tanpa dihadiri oleh beberapa akhowat seperjuangan seperti Sharifah Zahidah, Afeyah dan Auni Liyana namun mereka tetap diingati oleh segenap teman-teman rapat (eh ayatnyaaa...;p)
Ana sangat gembira dapat bertemu semula sahabat-sahabat AQRAB yang sebahagiannya telah menjadi pelajar Ijazah USIM-DQ dalam jurusan AL-Quran was Sunnah...Alf mabruk buat Sahabatku,Norhafizah Jalil,Naemah Abu Bakar,Maisarah Othman,Siti Nurhafizah Rashid,Ummu Barakah dan yang lain-lain kerana berjaya melanjutkan lagi pelajaran dalam peringakat ijazah! (Ana tumpang gembira)
Ana doakan agar antunna semua dapat buat yang terbaik untuk mengajian kali ini dan memberikan seluruh kesungguhan dalam menuntut ilmu...cHaiYok!=)
5 hari di Darul Quran meinggalkan pelbagai memori indah selain majlis konvokesyen...
Terima kasih Fiza J kerana melayan 'tetamu' dengan baik ...hehe ana pasti merinduinya nanti!

Sewaktu Raptai Majlis Konvokesyen =)


Sahabatku- Fiza& Huda


Teman-teman seAQRAB=)

Majlis yang ditunggu-tunggu para graduan telah pun tiba. Alhamdulilah diatas segala nikmat yang Allah kurniakan buat diriku hasil usah dan doa yang tidak pernah putus-putus dari ibu dan ayah...Syukran Ya Allah...=)
Teringat kata-kata murabbii..."Kecemerlangan akademik bukan untuk diri kita sahaja,tapi untuk dakwah islam yang kita bawa"
Semoga diri ini sentiasa menjadi pelajar yang bersungguh-sungguh demi merealisasikan cita-cita ..cemerlang!!!
Setelah menerima penganugerahan diploma Tahfiz AlQuran wal Qiraat...kemudian ,ada lagi..

Anugerah Pengerusi Lembaga Darul Quran...


Tahniah jugak buat semua teman-teman yang lain seperti Maryam Nabeelah dan Rabiatun Adawiyah diatas anugerah yang diterima.Semoga kita menjadi hamba yang terus bersyukur dan berusaha demi Islam yang tercinta!=)Apa yang kita miliki hari ini bukanlah milik kita namun,milik Allah yang Maha Memberi...=)

Terasa begitu hiba melihat wajah ibu dan ayah yang gembira setelah selesai majlis tersebut..Ya Allah,aku bersyukur kerana membuat mereka gembira dengan kejayaan ku...Semoga Allah merahmati keduanya diatas segala pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam mendidik ku sehingga ke hari ini...
Buat teman-teman seperjuangan,teruskan usaha hingga ke akhirnya..tuntutlah ilmu selagi termampu didalam usia muda ini.Perkahwinan bukan halangan untuk kita terus menuntut ilmu dan maju dalam pelajaran..=)

Dan,inshaAllah...dalam masa beberapa hari lagi ana akan menyambung kembali perjalanan menuntut ilmu..inshaAllah kali ini di Mesir didalam bidang yang amat ana minat "Takhassus QIraat"...moga perjalanan kali ini lebih cemerlang dan gemilang...hanya keranaMu Tuhan...mohon doa semua sahabat-sahabat!Salam Mu'aqqat..



Hari itu telah berlalu,esok bagaimana?......

Friday, July 24, 2009

Dia tak mahu,tapi dia pergi dahulu

Alkisah seorang sahabat baik ana sewaktu belajar di Darul Quran dahulu...

Sering berkata pada ana dan kawan-kawan yang lain ketika ditanya apakah beliau akan menyambung pelajaran ke peringkat degree selepas tamat DQ?
Jawapannya pasti tidak...beliau seakan-akan akur dengan permintaan ayah dan emak beliau agar tidak menyambung pelajaran kerana masalah kewangan. Ana,sebagai sahabat hanya mampu meberi dorongan dan galakan agar beliau fikir masak-masak kerana banyak lagi cara untuk mendapat bantuan kewangan dewasa ini bukan? Dan kepandaian beliau juga tidak patut disia-siakan begitu sahaja...(eh,pandai bercakap dan petah sekali percakapannya...selalu menarik perhatian orang bila dia bercakap tau!)


kemana sahaja,kami pasti bersama(Gambar sewaktu di Semester 5)

kadang-kala sampai boleh bertikam lidah dengan beliau kerana boleh dikatakan sampai mendesak beliau sambung belajar :"sayang ah awk...awk pandai..cepat pick up...mumtaz sofiy STAM..jangan sia-siakan peluang....cubalah mintak biasiswa ke.." itulah antara kata-kata motivasi yang sering ana berikan buat beliau..khas buat beliau sahaja=)
Dia pun akan memandang ana dengan wajah yang (kadang2) sinis juga..hehehe..
"awk tak paham..kite kalau boleh nak sgt sambung belajar...nak g mesir tapi ..." (ada tapinya,hanya kami berdua yang tau;p)
Ok,ana akur dan faham...ana tidak pernah putus mendoakan yang terbaik buat semua sahabat-sahabat ana terutama sekali beliau.


sering bersama...

Dan kini,sejak awal bulan Julai yang lalu,beliau telah diterima masuk ke Darul Quran Jakim sebagai mahasiswi bahagian Ijazah Quran Sunnah...Alhamdulilah...akhirnya beliau sambung juga pelajaran! ana sangat gembira dengan takdir yang Allah tentukan buat beliau...Allah permudahkan segala urusan buatnya...=)Dia pergi berjuang dahulu sebelum ana..walau pada asalnya,beliau tidak berniat langsung hendak menyambung pelajaran! Hebat kan aturan Allah?=)
Ana harap dia akan sentiasa bergembira menuntut ilmu sekali lagi di bumi Darul Quran..doa ana sentiasa mengiringi beliau.Sahabat yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan;sudi menjadi pendengar setia dikala dunia menjauh dan sayangkan ana kerana Allah.....keranaNya kita bertemu,dan keranaNya jua kita terpisah...walau tidak bersama lagi namun yakinlah hati kita pasti bertaut andai niat kita kerana Allah...selamat berjuang sahabat,Norhafizah binti Jalil....


Thursday, July 09, 2009

Bila Allah menyebut Kun Fayakun....

Bila Allah menyebut kun fayakun (jadilah maka terus terjadi) ana harus redha dan akur dengan segala ketentuannya....kadang-kadang berat sekali untuk menerima ketentuan yang tak sekata dengan kehendak hati.

SAYA MENGIKAT JANJI

Ana tidak tahu dari mana ianya bermula, namun apa yang ana harapkan ianya berakhir dengan satu kebahgiaan yang kekal hingga ke syurga. Tidak pernah terfikir untuk 'mengikat' janji dengan mana-mana rijal dalam masa terdekat,namun itu yang Allah mahukan ana dan dia.Teringat kata-kata sms yang julun-julung kalinya daripadanya yang ana terima "anti dah bersedia dengan fasa baru dalam kehidupan nanti? ana harap kita dapat sama-sama menjaga maruah keluarga dan agama" Ana kembali muhasabah diri. Dalam mencari redho illahi.Terkenang bagaimana kuasa doa mampu melembutkan hati sesiapa sahaja..termasuk ibu bapa.

Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


Sekali lagi Allah menyebut KUN FAYAKUN...=)

"....TAK JADI KE MESIR..."
Sejak kebelakangan ini,semakin hampir masanya untuk menyambung ke Mesir semakin ramai pula yang tak jadi ke sana. Bukan kerana apa,kerana mendapat tawaran Universiti tempatan(malaysia) dan itu sudah menjadi ketentuan Illahi.Semalam sahaja seorang teman mengatakan untuk tidak ke Mesir kerana membuat pilihan ke U lain..."dia ingin ke DQ menyambung ijazah.." Siapa sangka? setelah bertungkus lumus kami kesana-kemari bersama bagi menguruskan pengurusan ke Mesir,akhirnya ana ditinggal (atau bagaimana ya ayat yang sedap sikit?)seorang diri bagi menghadapi perjalanan ke sana nanti..atau Allah akan kurniakan ana penggantinya? Mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik buat diri ini..Dan banyak lagi cabaran-cabaran yang sedang ana hadapi sekarang ini,mujurlah ada teman-teman yang pulang bercuti (dari Mesir) sebagai pemangkin semangat..

Monday, June 29, 2009

Siapakah DIA?


Impianku ialah menjadi orang yang beriman
Disaluti rasa gerun dan takwa kepada Allah
Jiwaku penuh penghayatan dan keyakinan terhadap ISLAM
Solatku lambang maruah diriku
Ilmu sentiasa diburu, disebar dan diimarah
Sentiasa lapar dan dahaga akan pahala
Sentiasa bersama mujahid yang berjuang fisabilillah
Tidak takut berkata benar
Tidak pernah gentar melawan nafsu

Impianku ialah menjadi orang yang menjaga tutur katanya
Tidak bermegah dengan ilmu di dada
Tidak menyombong dengan harta dunia yang dianugerahkan
Sentiasa berbuat kebajikan kerana mengejar sifat pemurah
Mempunyai ramai sahabat yang sentiasa bertambah

Impianku ialah menjadi orang yang menghormati ibu dan ayah
Sentiasa berbakti kepada keluarga dan masyarakat
Kerana dunia bagiku ialah rumah sementara dalam menuju akhirat hakiki


Impianku ialah peka dan optimis akan masa yang sentiasa mencemburui
Mataku layu kerana rakus menelaah
Suaraku lesu kerana keletihan mengaji dan berzikir
Tidurku lena bertemankan cahaya keimanan
Bangunku subuh ibarat sang harimau kelaparan
Buah tahajjud dan air mata tangisan menjadi hidangan
Kerana usiaku lanjut meniti kematangan

Impianku ialah peringatan mati sebagai teman sejati
Kerana bagiku alam dunia adalah ladang akhirat
Panorama kehidupan perlu dibaja dan disemai
Agar berputik tunas yang bakal bercambah menjadi baka yang berkualiti
Meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian

Impianku ialah menjadi orang yang tak terlena dengan hambatan dunia
Kerana daku mengimpikan Syurga Firdausi
Di situlah rumahku kekal abadi
Kerana aku ingin membawanya bersama
SIAPAKAH DIA......???

Saturday, June 27, 2009

sahabat di perjalanan~



Sudah hampir 4 bulan setengah rasanya meninggalkan Darul Quran. Kadang-kadang timbul juga perasaan rindu untuk kembali menuntut ilmu disana...tidak dinafikan pelbagai ujian dan cabaran yang terpaksa ditempuhi apabila berada disana.
Datang sebagai seorang pelajar yang sangat biasa,tiada apa-apa kelebihan namun mempunyai cita-cita dan semangat yang sangat mendalam untuk mengenali ilmu Qiraat yang sangat ana minati.
Berjalan,mentafsir dan akhirnya dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang sama minat lalu berkongsi cerita dan penglaman masing2 sudah tentu akan merapatkan lagi hubungan persahabatan antara kami.
Kini,segalanya berlalu.Perjalanan harus diteruskan...terpaksa akur dengan ketentuan Allah yang perjalanan kami sekrang berbeza..walau dulu seiring namun tidak lagi untuk sekarang.
Walau apapun yang terjadi, biarlah rabitah qulub menjadi pengikat hati tatkala disapa rindu. Allahummakhluf 'alayya kulla ghaiybati 'anni

Friday, June 12, 2009

Ijazah Di Darul Quran.....




Sejak beberapa hari ini sibuk kawan-kawan lepasan DQ (AQRAB) yang bertanya-tanya dan bercerita tentang Program Ijazah Sarjana Muda Quran-Sunnah yang buat pertama kalinya diadakan di Darul Quran JAKIM. Jadi, sasaran utama adalah graduan Diploma Tahfiz 06/09... batch ana.
Ok,takde masalah bagi ana..cuma ramai juga yang berpatah balik kepada plan asal. Ada yang nak ke Mesir dan Jordan tapi apabila tahu ada program terbaru ni berkeinginan pula hendak ke DQ kembali.

"eh,awak taknak dengar taklimat ijazah ke kul 11 ni?",sapa seorang Ustaz.
"erm tak Ustaz..ana datang DQ nak buat surat akuan je.."-jawab ana penuh keyakinan.
"ohh..tapi taknak ke cube2 masok ijazah kat sini..? gerenti dapat!-balas Ustaz dengan lebih yakin.
"eh takpelah Ustaz ana dah tekad nak g Mesir je...nak amek Qiraat Ustaz....." ana membidas kembali.
"kenapa? tak suke eh duduk DQ?"-Ustaz bertanya lagi(nampak mcm tak puas hati dengan jawapan ana menolak untuk sambung ke DQ lagi.
"ehhh takdelah Ustaz..bukan macam tu..ana betol2 tak minat n dah berniat nak ke Mesir..itu je alasannya.."-senyuman terukir dibibir ini ketika memberi jawapan.

Ana tak pasti bagaimana kawan-kawan yang dahulu sewaktu ditahun akhir mempunyai impian sama seperti ana nampaknya goyah kini dengan tawaran itu. Bukan nak memperkecilkan atau apa-apa sekalipun cuma agak terkilan terdapat bebrapa orang sahabat ana yang nampak acuh tak acuh sahaja nak meneruskan perjuangan bersama. Sedih,tapi ana tetap berharap agar hatinya teguh untuk ke Mesir...Ya Allah kurniakanlah aku teman seperjuangan yang hatinya ikhlas keranaMu...

Apepun, semua perkara amat menarik jika seseorang itu sudah tertarik dengannya..
Salam Muaqqat...

Wednesday, June 10, 2009

Tuhan,Teguhkanlah!

Selesai perbincangan. Alhamdulilah,Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Lega rasa dihati,akhirnya hajat dihatinya terluah juga. Terlihat senyuman terukir tanda bersyukur..Tuhan,satukan hati kami dalam keredhaanMu..

Memikirkan soal masa depan kadang-kala amat merungsingkan.Yalah,merancang juga bukan sesuatu yang mudah,harus sentiasa diiringi dengan kekuatan hati menerima segala ketentuanNya andai apa yang terjadi tidak kena dengan hajat dihati.

Pesan ana pada dirinya(jua buat diriku), sandarkan harapan dan impian pada Allah. Allah sahaja yang menentukan segala-galanya.

Kembali kepada lembaran sambungan hafazan yang diulang,terasa begitu kurang masa bersama kalamNya. tak sama dengan masa yang diluangkan ketika berada di bumi barakah "darul Quran".rindu.rindu.rindu....Tanpa membuang masa,segera ditutup mata mengingati kembali surah At-Tur..iadah dimulakan..~Ya Allah,teguhkan hafalan ku....

Tuhan,begitu banyak tanggungjawabku...oleh itu teguhkanlah hati ini agar terjaga hubunganku bersamaMu dan hamba-hambaMu...=)